Pages

Wednesday, 7 November 2012

Book casing


Salam,

Antara aktiviti anak Ummu yang sulung kat sekolah sementara menunggu cuti sekolah akhir tahun 2012 ialah bertukar-tukar hadiah dengan kawan-kawan sekelas, katanya cadangan ustazah yang mengajar Pendidikan Agama Islam. Undian dibuat, jadi nama sapa yang kita cabut akan terima hadiah daripada kita. Harga hadiah tak lebih RM10 (okaylah untuk bajet budak sekolah rendah) dan bukan berupa makanan. Apapun, anak Ummu tak ada idea nak bagi hadiah apa, fikir punya fikir dia kata nak bagi buku sebab kawan dia ni suka melukis dalam buku.

Ummu tengok macam tak menarik kalau bagi buku saja, ialah bukan selalu kita bagi hadiah kat orang.  Jadi biarlah kita bagi sesuatu yang orang akan suka bila terima. Nak dipendekkan cerita Ummu pun mereka lah casing untuk buku ni ditambahkan sedikit dengan aksesori supaya nampak lebih menarik dan ada kegunaannya.

Book casing dari hadapan
Yang sudah diisi dengan buku, untuk pastikan buku tak terjatuh keluar, Ummu letak strap dan butang di hadapan.
Ummu letak pen holder dibahagian belakang casing
Gambar close up bahagian pen holder
Tak lupa juga label UmmuAns (promote sikit...)

Semoga kawan anak Ummu gembira terima hadiah dari Anis :)

ps: semalam anak Ummu bagitau ada kawan-kawan dia yang berminat nak tempah, Alhamdulillah rejeki...**wink wink**

Monday, 5 November 2012

Shirring Oh Smoking

Salam semua,

Untuk pengetahuan semua, Ummu belajar buat shirring atau smoking ni daripada internet saje.. Kalau Ummu boleh buat, korang semua mesti boleh buat juga. Kali ni Ummu nak kongsi dengan semua cara membuat shirring.

Cara yang mudah untuk membuat shirring/smoking adalah menggunakan benang elastik. Bahan utama yang lain untuk membuat shirring ialah standard presser foot dan benang jahit biasa.

Berikut adalah blog yang Ummu rujuk untuk belajar membuat shirring. Ummu nasihatkan baca salah satu dulu blog ini bagi mendapatkan gambaran jelas pasal shirring;
  1. Aplikasi shirring pada pakaian dan langkah-langkah membuat shirring secara bergambar (sesuai untuk mereka yang sukakan gambar dan berwarna): http://www.makeit-loveit.com/2011/11/sewing-tip-shirringsmocking-with-elastic-thread.html
  2.  Pengenalan mengenai traditional shirring dan langkah demi langkah membuat shirring menggunakan benang elastik; http://idiotsguides.com/static/quickguides/hobbiescrafts/sewing_project_easy_shirred_summer_dress.html 
Haa.. yang ni pulak Ummu nak kongsi pengalaman Ummu membuat shirring, first time buat tak menjadi, tapi Ummu tak putus asa, rujuk semula kat Internet, akhirnya berjaya juga..

Ummu gunakan mesin jahit Brother yang mempunyai drop-in bobbin (bobbin di atas).

Mula-mula Ummu pasang bobbin yang berisi benang elastik secara salah jadi hasilnya benang elastik  menjadi tidak lurus dan kedut juga tidak kelihatan.
 



Ummu cuba tukar tension benang atas, jarak benang lah, jenis jahitan pun Ummu cuba, tapi tak menjadi juga, akhirnya Ummu figure out yang benang elastik di bobbin tidak tegang, jadi Ummu pun betulkan semula seperti gambar di bawah;



 

Tiga gambar di bawah menunjukkan setting yang Ummu guna untuk membuat shirring


Set jarak benang pada 4 sebab kedutan lebih kelihatan jika jarak besar
Guna ketengangan benang atas yang normal
Gunakan ukuran pada tapak mesin untuk jarak antara shirring, Ummu guna 3/8 inchi antara garisan

Inilah hasil shirring yang menjadi..
Hasil shirring yang menjadi :)

 Harap tips dari Ummu dapat membantu sesiapa yang ingin membuat shirring menggunakan benang elastik.  Selamat mencuba..