Pages

Wednesday, 29 August 2012

Hadiah baby 2

Salam,
Ini untuk anak adik yang bakal dilahirkan tak lama lagi. Sangat sesuai dipakai baby semasa keluar hospital nanti. Bedung yang Ummu jahit ni diubahsuai daripada pattern baby snuggler di One Crafty Place, Ummu letak tali dibahagian kaki supaya kaki dapat diikat kemas, pesan orang tua2x biar anak jalan tak kengkang, terutamanya anak perempuan, wallahualam. Tapi kalau mau bagi ruang untuk baby, bolehlah ikat tali tu longgar sahaja.


Inilah rupa bedung bila ditutup,  tak takut terbuka bila baby bergerak atau menggeliat sebab ada kemasan velcro di tiga bahagian. Setiap velcro panjangnya 3 inci supaya kita boleh ubah nak ketat atau longgar mengikut saiz baby kita. Lapisan dalam bedung ni daripada kain flannel warna putih, lembut untuk baby. Lapisan luar pula daripada kain cotton.

4 comments:

  1. Idea yg bagus dan mudah untuk diaplikasikan. Saya jalan agak kengkang sedikit. Mungkin tali di bahagian kaki tidak lagi ada untuk bedung saya pada ketika dilahirkan dulu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak Ummu dulu pun bedung Ummu pakai kain lampin 2 helai, tapi kalau nak bawa baby berjalan yang ni lagi sesuai :)

      Delete
    2. pandainya Ummu,amat praktikal dan sgt sesuai utk bayi.tapi bayi k.ina dah tak boleh pakai sebab dah jadi bayi kawak.

      Sdzz kesiannya awk...xpe belikanlah bedung ni utk hadiah kepada kawan2..

      Delete
    3. Alhamdulillah terima kasih kak Ina.

      Delete