Pages

Monday, 3 September 2012

Koleksi kasut Iman

Salam,

Baby shoes pertama yang Ummu jahit adalah untuk si kecil Iman, masa tu dia hampir setahun. Pattern kasut ni Ummu dapat daripada Mila Baby Shoes,  inilah hasilnya..  seluar jeans kakak Iman yang dah tak pakai Ummu gunting buat lapisan luar, lapisan dalam dan ruffles pula daripada kain cotton, juga getah selebar 1/4 inci untuk dijadikan strap.




Daripada pattern kat atas Ummu ubahsuai sedikit untuk kasut raya Iman. Lapisan luar dan strap daripada kain corduroy warna hitam, lapisan dalam pulak daripada kain flannel bercorak bunga. Ummu letak velcro pada strap supaya strap dapat melekat pada kasut. Bunga tu dibuat daripada kain felt, guna dua warna light purple dan hijau, disudahkan dengan butang warna pink. Supaya tidak licin bila Iman berjalan, Ummu gunakan fabrik anti slip sebagai tapak kasut. Masa tu tinggal 3 hari nak raya, desperate nakkan fabrik anti slip maka Ummu pun recycle tapak kasut Iman yang lama. Setakat yang Ummu tahu fabrik anti slip ni kita boleh beli kat Fabric Fanatics atau Kawaii Station. Pada sesiapa yang tahu kat mana lagi kita boleh beli, bolehlah share dengan Ummu, terima kasih.


No comments:

Post a Comment