Pages

Tuesday, 4 September 2012

Hadiah baby 4


Salam,

Syukurlah setelah mengharungi dugaan sepanjang pregnancy dan ketika bersalin, kawan Ummu selamat melahirkan anak perempuannya yg pertama. Ummu cadang nak bagi sesuatu yang sweet dan cute, semoga dengan pemberian hadiah ni dapat menambah keceriaan pada kawan Ummu dan baby. Ummu pun akhirnya jahit baby bonnet dan kasut untuk si comel. Bonnet ni topi yang bertali dan diikat di dagu dan membentuk muka sipemakai. Bayangkan muka baby yang bulat dan chubby bila pakai bonnet mestilah sangat-sangat comel. Ummu guna kain flannel warna purple dan cotton bercorak polkadot untuk jahit bonnet dan kasut. Ummu terlupa nak pakaikan bonnet kat model yang ada kat rumah ni (anak Ummu yang kecik) sebab tak sabar-sabar nak bagi hadiah ni kat kawan Ummu. Gambar saja lah yang boleh Ummu tunjukkan kat sini.











Monday, 3 September 2012

Koleksi kasut Iman

Salam,

Baby shoes pertama yang Ummu jahit adalah untuk si kecil Iman, masa tu dia hampir setahun. Pattern kasut ni Ummu dapat daripada Mila Baby Shoes,  inilah hasilnya..  seluar jeans kakak Iman yang dah tak pakai Ummu gunting buat lapisan luar, lapisan dalam dan ruffles pula daripada kain cotton, juga getah selebar 1/4 inci untuk dijadikan strap.




Daripada pattern kat atas Ummu ubahsuai sedikit untuk kasut raya Iman. Lapisan luar dan strap daripada kain corduroy warna hitam, lapisan dalam pulak daripada kain flannel bercorak bunga. Ummu letak velcro pada strap supaya strap dapat melekat pada kasut. Bunga tu dibuat daripada kain felt, guna dua warna light purple dan hijau, disudahkan dengan butang warna pink. Supaya tidak licin bila Iman berjalan, Ummu gunakan fabrik anti slip sebagai tapak kasut. Masa tu tinggal 3 hari nak raya, desperate nakkan fabrik anti slip maka Ummu pun recycle tapak kasut Iman yang lama. Setakat yang Ummu tahu fabrik anti slip ni kita boleh beli kat Fabric Fanatics atau Kawaii Station. Pada sesiapa yang tahu kat mana lagi kita boleh beli, bolehlah share dengan Ummu, terima kasih.


Saturday, 1 September 2012

Hadiah Baby 3 & Peasant top dress

Salam,

Ummu jahit peasant top dress dan kasut untuk anak abang yang selamat dilahirkan awal Ramadan lepas.  Saiz untuk 3 bulan tapi rasanya baby Najwa dah boleh pakai sebab si comel ni montel. Dress ni boleh dipakai dengan legging.



Satu lagi peasant top dress Ummu jahit untuk puteri Ummu yang kecik si Iman. Susah nak ambil gambar Iman ni, asyik bergerak jer, pakai pulak kamera telepon jer.. dalam 10 gambar yang Ummu snap, ini saja yang tak kabur..