Salam,
Ini untuk anak adik yang bakal dilahirkan tak lama lagi. Sangat sesuai dipakai baby semasa keluar hospital nanti. Bedung yang Ummu jahit ni diubahsuai daripada pattern baby snuggler di One Crafty Place, Ummu letak tali dibahagian kaki supaya kaki dapat diikat kemas, pesan orang tua2x biar anak jalan tak kengkang, terutamanya anak perempuan, wallahualam. Tapi kalau mau bagi ruang untuk baby, bolehlah ikat tali tu longgar sahaja.
Inilah rupa bedung bila ditutup, tak takut terbuka bila baby bergerak atau menggeliat sebab ada kemasan velcro di tiga bahagian. Setiap velcro panjangnya 3 inci supaya kita boleh ubah nak ketat atau longgar mengikut saiz baby kita. Lapisan dalam bedung ni daripada kain flannel warna putih, lembut untuk baby. Lapisan luar pula daripada kain cotton.
Wednesday, 29 August 2012
Tuesday, 14 August 2012
Hadiah baby 1
Syukur Alhamdulillah, bertambah anak sedara Ummu tahun ni, 3 nieces dan 1 nephew. Ummu baru dapat siapkan sepasang baby shoes untuk si comel Icha pakai masa raya nanti. Yang lagi 3 masih work in progress, akan di update dalam post Ummu lepas ni..
Kasut baby ni reversible, kalau kita pusing belah dalam ke luar ini lah rupanya
Kasut baby ni reversible, kalau kita pusing belah dalam ke luar ini lah rupanya
Ni untuk saiz 3 ke 6 bulan, daripada kain flannel, lembut dan selesa dipakai oleh si comel.
Wednesday, 1 August 2012
Salam Ramadan
Salam Ramadan buat semua umat Islam, semoga dapat
menjalani ibadah dengan baik dan mendapat keredhaanNya sepanjang bulan yang penuh
keberkatan ni.
Alhamdulillah dah masuk minggu ke-2 puasa, seperti biasa bulan puasa ni ummu sibuk siapkan baju untuk anak-anak,suami dan juga diri sendiri J. Tahun ni ummu pilih nak jahit jubah untuk hero ummu yang sorang ni. Ummu jahit leher teluk belanga berpleket sebab kesian kat dia panas bila pakai leher cekak musang.
Ini lah hasil jahitan ummu, siap pakai dah.. raya belom lagi yang, pakai pegi tarawih dengan ayah yer..
Baju ayah dan anak bujang
Ummu kongsi kat sini video cara-cara nak pasang pleket (source from youtube)

Subscribe to:
Posts (Atom)