Pages

Wednesday, 7 November 2012

Book casing


Salam,

Antara aktiviti anak Ummu yang sulung kat sekolah sementara menunggu cuti sekolah akhir tahun 2012 ialah bertukar-tukar hadiah dengan kawan-kawan sekelas, katanya cadangan ustazah yang mengajar Pendidikan Agama Islam. Undian dibuat, jadi nama sapa yang kita cabut akan terima hadiah daripada kita. Harga hadiah tak lebih RM10 (okaylah untuk bajet budak sekolah rendah) dan bukan berupa makanan. Apapun, anak Ummu tak ada idea nak bagi hadiah apa, fikir punya fikir dia kata nak bagi buku sebab kawan dia ni suka melukis dalam buku.

Ummu tengok macam tak menarik kalau bagi buku saja, ialah bukan selalu kita bagi hadiah kat orang.  Jadi biarlah kita bagi sesuatu yang orang akan suka bila terima. Nak dipendekkan cerita Ummu pun mereka lah casing untuk buku ni ditambahkan sedikit dengan aksesori supaya nampak lebih menarik dan ada kegunaannya.

Book casing dari hadapan
Yang sudah diisi dengan buku, untuk pastikan buku tak terjatuh keluar, Ummu letak strap dan butang di hadapan.
Ummu letak pen holder dibahagian belakang casing
Gambar close up bahagian pen holder
Tak lupa juga label UmmuAns (promote sikit...)

Semoga kawan anak Ummu gembira terima hadiah dari Anis :)

ps: semalam anak Ummu bagitau ada kawan-kawan dia yang berminat nak tempah, Alhamdulillah rejeki...**wink wink**

Monday, 5 November 2012

Shirring Oh Smoking

Salam semua,

Untuk pengetahuan semua, Ummu belajar buat shirring atau smoking ni daripada internet saje.. Kalau Ummu boleh buat, korang semua mesti boleh buat juga. Kali ni Ummu nak kongsi dengan semua cara membuat shirring.

Cara yang mudah untuk membuat shirring/smoking adalah menggunakan benang elastik. Bahan utama yang lain untuk membuat shirring ialah standard presser foot dan benang jahit biasa.

Berikut adalah blog yang Ummu rujuk untuk belajar membuat shirring. Ummu nasihatkan baca salah satu dulu blog ini bagi mendapatkan gambaran jelas pasal shirring;
  1. Aplikasi shirring pada pakaian dan langkah-langkah membuat shirring secara bergambar (sesuai untuk mereka yang sukakan gambar dan berwarna): http://www.makeit-loveit.com/2011/11/sewing-tip-shirringsmocking-with-elastic-thread.html
  2.  Pengenalan mengenai traditional shirring dan langkah demi langkah membuat shirring menggunakan benang elastik; http://idiotsguides.com/static/quickguides/hobbiescrafts/sewing_project_easy_shirred_summer_dress.html 
Haa.. yang ni pulak Ummu nak kongsi pengalaman Ummu membuat shirring, first time buat tak menjadi, tapi Ummu tak putus asa, rujuk semula kat Internet, akhirnya berjaya juga..

Ummu gunakan mesin jahit Brother yang mempunyai drop-in bobbin (bobbin di atas).

Mula-mula Ummu pasang bobbin yang berisi benang elastik secara salah jadi hasilnya benang elastik  menjadi tidak lurus dan kedut juga tidak kelihatan.
 



Ummu cuba tukar tension benang atas, jarak benang lah, jenis jahitan pun Ummu cuba, tapi tak menjadi juga, akhirnya Ummu figure out yang benang elastik di bobbin tidak tegang, jadi Ummu pun betulkan semula seperti gambar di bawah;



 

Tiga gambar di bawah menunjukkan setting yang Ummu guna untuk membuat shirring


Set jarak benang pada 4 sebab kedutan lebih kelihatan jika jarak besar
Guna ketengangan benang atas yang normal
Gunakan ukuran pada tapak mesin untuk jarak antara shirring, Ummu guna 3/8 inchi antara garisan

Inilah hasil shirring yang menjadi..
Hasil shirring yang menjadi :)

 Harap tips dari Ummu dapat membantu sesiapa yang ingin membuat shirring menggunakan benang elastik.  Selamat mencuba..

Tuesday, 23 October 2012

Cute Boy and Sweet Girl's Caps

Salam,

Minggu lepas Ummu jahit topi baby untuk baby boy dan juga baby girl yang berusia 3 bulan. Ummu dapatkan pattern topi baby boy daripada This Mama Makes Stuff. Topi baby girl tu atau nama lainnya bonnet, Ummu dah pernah jahit sebelum ni serupa macam post Ummu "Hadiah Baby 4".  Kedua-dua topi ni daripada fabrik flannel dan dialas dibahagian dalam dengan kain cotton.

Boy cap



Bonnet-First side
Bonnet ni reversible, inilah rupa dibahagian dalam bila dah terbalikkan keluar.
Bonnet-Second side

Friday, 19 October 2012

Baju Kurung Untuk Kawan

Salam,

Tempahan pertama Ummu ialah sepasang baju kurung daripada seorang kawan rapat Ummu. Sabtu lepas kami geng perempuan Nona Manis adakan potluck di Puchong. Masa tu lah kawan Ummu ni pass kain suruh Ummu jahit. Tanpa ada masalah apa-apa, Ummu pun terimalah tempahan dengan hati yang terbuka dan gembira :)




Sempat lagi Ummu snap gambar hasil upah Ummu yang pertama, yeay! :D




Baju kurung dah pun dihantar pada kawan Ummu tu, tak sangka hari yang sama Ummu dapat call daripada office mate kawan Ummu nak buat tempahan juga. Alhamdulillah.. rezeki Allah nak bagi dari jalan yang tidak disangka-sangka.. ( macam dalam Ayat seribu dinar Surah At-Talaq ayat 2&3 tu).
Barakallah fik pada kawan-kawan Ummu juga kerana tolong Ummu war-warkan blog ni, word of mouth often works well.. :)


Pile of clothes for my next project, baru je dibeli weekend lepas, jadi jangan lupa stay updated dengan ummuansstitch ye.

Friday, 12 October 2012

Jubah seluar untuk si kecil

Salam,

Jubah seluar untuk anak Ummu yang kecil di pakai ke majlis kenduri doa selamat kakak Ummu baru-baru ni. Labuh baju sehingga lutut dipadankan dengan seluar beropol dibawah.


Ummu letak ropol/ruffle di leher, nak padankan dengan ropol di kaki seluar.. ada belahan dibahagian belakang leher untuk memudahkan pakai dan buka baju. Di katup dengan butang.


Tangan bercuff getah.

Dan belahan tepi kiri dan kanan, nak bagi keselesaan pada si comel ketika memakai..



Inilah rupa sikecil berjubah seluar.

Wednesday, 10 October 2012

How to change your blogger background successfully

Salam and greet to all,

Different from my normal post, I'd love to share my experience on blogging this time.
I've downloaded cute blog background from Shabbyblog recently and did exactly as what was mentioned, however I found out that the change was a bit funny. The background didn't cover all my blog but showed two different pattern instead.

 
So I decided to look at the html code with the hope that I could do something to fix up the problem. Guess what.. my discovery thrilled me because I managed to fix it up successfully. Wasn't that awesome to have a novice like me were able to do it correctly, I should give myself credit :)
 
Here are the steps
  • Log in to your blog
  • Go to Template, then click "Edit HTML"
  • Click Proceed
  • Under *Variable definition, find  <Variable name="body.background.color"description="Outer Background"

  • Please note that the words in bold are the ones that change
    <Variable name="body.background.color" description="Outer Background" type="color" default="#66bbdd" value="#b8972e"/>
    Change to;

    <Variable name="body.background.color" description="Outer Background" type="color" default="transparent" value="transparent"/>
 
Save and we are done.
 
Yes, the background now covers all my blog.
 But later.......













 
I found out an easier way of doing it lol :)

The red arrow shows it all.
  • Go to Template->  Click Customise
  • At Blogger Template Designer, click Advanced-> Click Background-> select Transparent for Outer Background
  • Click Apply to Blog.
Done!  ;p

 
      
 
 
 

A new look

Salam,
A brief note to my dear followers and visitors, UmmuAns is now having a new look just for your pleasant viewing. Happy viewing! :)

Saturday, 6 October 2012

Beg kasut dan uncang batu untuk jemaah haji

Salam,

Alhamdulillah akhirnya dapat juga Ummu update blog Ummu ni. Agak sibuk beberapa weekends ni ke sana dan kesini, baru minggu ni ada kat rumah. Kali ni Ummu post hasil jahitan Ummu beg kasut dan uncang batu khas untuk kakak sulung Ummu yang sudah pun terbang hari ni untuk menunaikan haji.

Beg kasut Ummu yang pertama adalah pemberian daripada mak mertua (Bonda Siti) masa Ummu nak pergi umrah 3 tahun lepas. Kali ni Ummu pun ikut jejak langkah mak mertua hadiahkan beg kasut pada kakak Ummu, semoga sedikit sebanyak dapat menolong kakak Ummu sepanjang berada di tanah suci, walaupun Ummu tak ada disana cukuplah hasil jahitan Ummu sebagai pengganti diri. Harapnya suatu hari nanti Ummu dan suami sampai juga ke sana untuk menunaikan haji, insyaAllah.


Gambar close up dari hadapan dan belakang. Bahagian hadapan Ummu hias dgn vector kasut daripada kain felt. Bahagian belakang tu Ummu jahit plastic A4 sheet yang Ummu potong kecil dan dikemaskan dengan cotton tape disekelilingnya. Info haji yang betul biarlah kakak Ummu yang isi nanti  :)




Uncang batu bentuknya sama tapi saiznya 1/4 daripada saiz bag kasut ni.

Sedikit info dekat mana nak dapatkan bahan-bahan yang Ummu guna untuk jahit bag ni.
-Kain felt - Daiso IOI Mall Puchong, terbaru Daiso dah dibuka di Jusco Equine, dekat dengan rumah Ummu
-Cotton tape pun di Daiso
-Drawstring (tali kuning) pun Daiso
- Plastic A4 sheet di Giant Hypermarket
-Kain boleh guna apa-apa kain, remnant pun boleh..

Akhir sekali, semoga mendapat haji yang mabrur kak long ye Amin..



Tuesday, 4 September 2012

Hadiah baby 4


Salam,

Syukurlah setelah mengharungi dugaan sepanjang pregnancy dan ketika bersalin, kawan Ummu selamat melahirkan anak perempuannya yg pertama. Ummu cadang nak bagi sesuatu yang sweet dan cute, semoga dengan pemberian hadiah ni dapat menambah keceriaan pada kawan Ummu dan baby. Ummu pun akhirnya jahit baby bonnet dan kasut untuk si comel. Bonnet ni topi yang bertali dan diikat di dagu dan membentuk muka sipemakai. Bayangkan muka baby yang bulat dan chubby bila pakai bonnet mestilah sangat-sangat comel. Ummu guna kain flannel warna purple dan cotton bercorak polkadot untuk jahit bonnet dan kasut. Ummu terlupa nak pakaikan bonnet kat model yang ada kat rumah ni (anak Ummu yang kecik) sebab tak sabar-sabar nak bagi hadiah ni kat kawan Ummu. Gambar saja lah yang boleh Ummu tunjukkan kat sini.











Monday, 3 September 2012

Koleksi kasut Iman

Salam,

Baby shoes pertama yang Ummu jahit adalah untuk si kecil Iman, masa tu dia hampir setahun. Pattern kasut ni Ummu dapat daripada Mila Baby Shoes,  inilah hasilnya..  seluar jeans kakak Iman yang dah tak pakai Ummu gunting buat lapisan luar, lapisan dalam dan ruffles pula daripada kain cotton, juga getah selebar 1/4 inci untuk dijadikan strap.




Daripada pattern kat atas Ummu ubahsuai sedikit untuk kasut raya Iman. Lapisan luar dan strap daripada kain corduroy warna hitam, lapisan dalam pulak daripada kain flannel bercorak bunga. Ummu letak velcro pada strap supaya strap dapat melekat pada kasut. Bunga tu dibuat daripada kain felt, guna dua warna light purple dan hijau, disudahkan dengan butang warna pink. Supaya tidak licin bila Iman berjalan, Ummu gunakan fabrik anti slip sebagai tapak kasut. Masa tu tinggal 3 hari nak raya, desperate nakkan fabrik anti slip maka Ummu pun recycle tapak kasut Iman yang lama. Setakat yang Ummu tahu fabrik anti slip ni kita boleh beli kat Fabric Fanatics atau Kawaii Station. Pada sesiapa yang tahu kat mana lagi kita boleh beli, bolehlah share dengan Ummu, terima kasih.


Saturday, 1 September 2012

Hadiah Baby 3 & Peasant top dress

Salam,

Ummu jahit peasant top dress dan kasut untuk anak abang yang selamat dilahirkan awal Ramadan lepas.  Saiz untuk 3 bulan tapi rasanya baby Najwa dah boleh pakai sebab si comel ni montel. Dress ni boleh dipakai dengan legging.



Satu lagi peasant top dress Ummu jahit untuk puteri Ummu yang kecik si Iman. Susah nak ambil gambar Iman ni, asyik bergerak jer, pakai pulak kamera telepon jer.. dalam 10 gambar yang Ummu snap, ini saja yang tak kabur..



Wednesday, 29 August 2012

Hadiah baby 2

Salam,
Ini untuk anak adik yang bakal dilahirkan tak lama lagi. Sangat sesuai dipakai baby semasa keluar hospital nanti. Bedung yang Ummu jahit ni diubahsuai daripada pattern baby snuggler di One Crafty Place, Ummu letak tali dibahagian kaki supaya kaki dapat diikat kemas, pesan orang tua2x biar anak jalan tak kengkang, terutamanya anak perempuan, wallahualam. Tapi kalau mau bagi ruang untuk baby, bolehlah ikat tali tu longgar sahaja.


Inilah rupa bedung bila ditutup,  tak takut terbuka bila baby bergerak atau menggeliat sebab ada kemasan velcro di tiga bahagian. Setiap velcro panjangnya 3 inci supaya kita boleh ubah nak ketat atau longgar mengikut saiz baby kita. Lapisan dalam bedung ni daripada kain flannel warna putih, lembut untuk baby. Lapisan luar pula daripada kain cotton.

Tuesday, 14 August 2012

Hadiah baby 1

Syukur Alhamdulillah, bertambah anak sedara Ummu tahun ni, 3 nieces dan 1 nephew.  Ummu baru dapat siapkan sepasang baby shoes untuk si comel Icha pakai masa raya nanti. Yang lagi 3 masih work in progress, akan di update dalam post Ummu lepas ni..


Kasut baby ni reversible, kalau kita pusing belah dalam ke luar ini lah rupanya



Ni untuk saiz 3 ke 6 bulan, daripada kain flannel, lembut dan selesa dipakai oleh si comel.


Wednesday, 1 August 2012

Salam Ramadan

Salam Ramadan buat semua umat Islam, semoga dapat menjalani ibadah dengan baik dan mendapat keredhaanNya sepanjang bulan yang penuh keberkatan ni.

Alhamdulillah dah masuk minggu ke-2 puasa, seperti biasa bulan puasa ni ummu sibuk siapkan baju untuk anak-anak,suami dan juga diri sendiri J. Tahun ni ummu pilih nak jahit jubah untuk hero ummu yang sorang ni. Ummu jahit leher teluk belanga berpleket sebab kesian kat dia panas bila pakai leher cekak musang.

Ini lah hasil jahitan ummu, siap pakai dah.. raya belom lagi yang, pakai pegi tarawih dengan ayah yer..



Baju ayah dan anak bujang



Ummu kongsi kat sini video cara-cara nak pasang pleket (source from youtube)