Salam,
Antara aktiviti anak Ummu yang sulung kat sekolah sementara menunggu cuti sekolah akhir tahun 2012 ialah bertukar-tukar hadiah dengan kawan-kawan sekelas, katanya cadangan ustazah yang mengajar Pendidikan Agama Islam. Undian dibuat, jadi nama sapa yang kita cabut akan terima hadiah daripada kita. Harga hadiah tak lebih RM10 (okaylah untuk bajet budak sekolah rendah) dan bukan berupa makanan. Apapun, anak Ummu tak ada idea nak bagi hadiah apa, fikir punya fikir dia kata nak bagi buku sebab kawan dia ni suka melukis dalam buku.
Ummu tengok macam tak menarik kalau bagi buku saja, ialah bukan selalu kita bagi hadiah kat orang. Jadi biarlah kita bagi sesuatu yang orang akan suka bila terima. Nak dipendekkan cerita Ummu pun mereka lah casing untuk buku ni ditambahkan sedikit dengan aksesori supaya nampak lebih menarik dan ada kegunaannya.
Book casing dari hadapan |
Yang sudah diisi dengan buku, untuk pastikan buku tak terjatuh keluar, Ummu letak strap dan butang di hadapan. |
Ummu letak pen holder dibahagian belakang casing |
Gambar close up bahagian pen holder |
Tak lupa juga label UmmuAns (promote sikit...) |
Semoga kawan anak Ummu gembira terima hadiah dari Anis :)
ps: semalam anak Ummu bagitau ada kawan-kawan dia yang berminat nak tempah, Alhamdulillah rejeki...**wink wink**